AFLAW : Just2U!

“Use what language you will, you can never say anything but what you are” Emerson

Bollywood or Bolehwood????

In one of my previous topics, i did mention about the rising of Bollywood’s fame in international film’s industry. The pressure of becoming famous and wanting to be recognised worldwide, the actors are more than willing to do anything to achieve their dreams. See some Bollywood’s steamy scenes yourself in the video..Nothing malicious is intended but just want to share.

We hope our film’s industry would not be following the footsteps of Bollywood entirely. We should apply a malay proverb “yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan”. I read recently there will be a lesbian kissing scene in our movie soon, can’t wait to watch it..

 

Bolehwood!!!! Bollywood’s boldest scenes

December 20, 2008 Posted by AF | eNTERTAINMENT | , , , , | No Comments Yet

Malaysia’s inflation rate eases as fuel costs tumble – Regional – MSN Malaysia News – News

Petronas Twin Towers / Malaysia, Kuala Lumpur
Image by flydime via Flickr

Energy particularly the price of oil is one important factor in determining our economic situation. Yesterday,  I had a discussion with a former Petronas’s employee and he said, the fall of crude oil price, will definitely affect the performance of Petronas. As a result, the country’s income will eventually decrease.

Malaysia’s inflation rate eases as fuel costs tumble – Regional – MSN Malaysia News – News

Iklan Petronas

Reblog this post [with Zemanta]

December 20, 2008 Posted by AF | Malaysia, eCONOMY | , , , | No Comments Yet

Melayu dan Angan-Angan Mat Jenin

Prime Minister Abdullah Badawi of Malaysia.
Image by treviƱo via Flickr
Baru-baru ini Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa Wawasan 2020 yang menjadi sasaran negara ini tidak akan dapat dicapai. Lama sudah tidak mendengar pemimpin UMNO bercakap tentang Wawasan 2020, mungkin disebabkan hendak menjaga hati ketua mereka, takut-takut tidak berpeluang lagi mendapat jawatan yang baik. Budaya mengampu di dalam UMNO memang merupakan senario biasa. Pepatah Melayu seperti “Raja Adil Raja disembah, Raja Zalim Raja disanggah” jarang diamalkan. Pemimpin pergi dan pemimpin datang, maka pemimpin yang dapat memberi habuan, itulah yang disokong. Namun, tidak boleh disalahkan pemimpin sahaja. Kalau pengikut hendakkan sesuatu, maka ketua kenalah bagi, kalau tidak nahas nanti.

Baru-baru ini, Menteri Penerangan Malaysia berkata bahawa hasrat Parti Keadilan untuk menjadi pemerintah hanya lah angan-angan Mat Jenin. Namun, melihat peristiwa Pilihanraya Ke-12, ianya mungkin boleh menjadi kenyataan satu hari kelak. Jikalau Barisan Nasional gagal menjadi pemerintah, kesannya tidak dapat dijangka. Ini kerana apa-apa dasar yang dibuat, ianya bergantung kepada kepala. Secara adatnya ekor hanya akan tetap mengikut kepalanya walau terjun ke dalam gaung sekalipun. Jadi, apabila pemimpin bertukar, maka dasar pun bertukar. Kalau Pakatan Rakyat berkuasa, maka Wawasan 2020 pun terkubur. Tetapi kita belum cuba kita belum tahu. Di antara BN dan PR, siapa yang hebat?. Hanya masa akan menentukan.

Teringat kata-kata Akio Morita, iaitu pengasas kepada Sony, katanya jikalau hendak berfikiran kreatif, maka perlulah menetapkan sasaran. Ketika ini, sasaran Malaysia di masa hadapan menjadi semakin kabur kerana sentiasa bertukar-tukar bergantung kepada ketua. Dikusutkan lagi jikalau pemimpin dan pengikutnya hanya mementingkan diri sendiri. Apa akan jadi dengan sebilangan rakyat jelata yang lain. Masa hadapan mereka akan ditentukan oleh parti-parti politik yang memerintah. Kita selalu melihat orang-orang politik bercakaran seperti anjing dan kucing. Mereka bergaduh tentang jenis kereta yang dipakai, siapa yang lebih berjasa, siapa yang zalim dan siapa yang adil, parti mana yang demokratik dan mana yang ekstrem. Kesudahannya orang-orang melayu menjadi bangsa yang ibarat seperti pepatah “menang bersorak tapi kampong tergadai”, bercakap seperti “ayam bertelur riuh sekampong’ dan berpolitik seperti “bunyi tin kosong” bersuara aje kuat tapi isinya tiada. Maka Me”layu” pun menjadi Mat Jenin yang bercita-cita setinggi langit, yang berharap panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Takut nanti Melayu menjadi seperti si Luncai, yang lemas bersama labu-labunya.

Reblog this post [with Zemanta]

December 18, 2008 Posted by AF | pOLITIC | , , , , , , | No Comments Yet

Diantara Micheal Jackson dan Hrithik Roshan, siapa lebih popular?

This photo was taken by my uncle, Aashish Chat...
Image via Wikipedia
Beberapa hari lepas, telah dilaporkan tentang peristiwa di mana penyanyi bintang pop yang terkenal seantero dunia, Encik Micheal Jackson telah berjumpa dengan pelakon kacak hindustan, Saudara Hrithik Roshan (mungkin ada negeri di Malaysia berminat untuk memberi gelaran Datuk kepada mereka). Laporan tersebut agak menarik kerana Micheal telah menjenguk Hrithik di dalam bilik persalinannya bersama dua pengawal peribadinya. Maka, dunia Hollywood dan Bollywood pun bersua.

Micheal memperkenalkan dirinya, dan Roshan melayani beliau. Mereka kebetulan berada di lokasi yang berhampiran di Los Angeles kerana tugas masing-masing. Yang pasti ialah Micheal meminati Hrithik dan apabila mengetahui bahawa Hrithik berada berdekatan langsung terus pergi berjumpa dengannya. Aneh memikirkan bahawa tidak sangka bintang sehebat Micheal sanggup berusaha untuk berjumpa dengan bintang Bollywood, padahal jika dilihat percapaian beliau berbanding dengan Hrithik adalah ibarat seperti langit dan bumi.

Ini menunjukkan pengaruh Bollywood, bukan sahaja tersebar ke negara Asia seperti Malaysia, tetapi telah menjadi terkenal sehingga ke Hollywood. Bukan senang untuk sampai ke tahap itu. Namun, berkat pelaburan dan usaha Bollywood mengembangkan sayap mereka merata-rata, maka hasilnya semakin terserlah. Atas dasar itu, negeri Melaka tidak ketinggalan dan merasa terhutang budi dengan Datuk Shah Rukh Khan di atas usaha-usaha beliau memperkenalkan Melaka ke serata dunia. Mungkin satu hari nanti, Datuk Shah akan menawarkan pelakon-pelakon Malaysia untuk berlakon di dalam filem beliau. Rasanya pelakon-pelakon tempatan tidak akan kekok kerana filem Melayu pun mempunyai unsur-unsur Hindustan (Anak Mami The Movie, Mami Jarum dan sebagainya). Cuma, pelakon-pelakon kita perlu megemaskinikan skil tarian mereka agar menjadi sehebat pelakon hindustan. Teringat Harith Iskandar, Afdlin Shauki dan Deanna Yusof di dalam filem “Anna and the King”.

Oleh itu, kita berharap satu hari nanti apabila pelakon Malaysia berada di luar negara, terdapat selebriti antarabangsa yang akan meluangkan masa menjenguk beliau. Mungkin Daniel Craig (James Bond) akan menjenguk Norman Hakim di bilik persalinanya atau Mel Gibson akan bersua sapa dengan Ahmad Idham. Jikalau ini berlaku, pertemuan Norman dan Daniel akan menjadi hangat walaupun bukannya berita tangkap khalwat, sementara di antara Mel dan Ahmad Idham, berita tersebut akan memberi impak yang maksima.

Maka, di antara nasihat-nasihat untuk pelakon-pelakon Malaysia agar satu hari nanti Kuala Lumpur menjadi “KLwood” dan bukan hanya “KL Menjerit”, naikkan pangkat filem kita dari “Konstabel Mamat” ke “Leftenan Adnan”, tidak hanya tersadai di “Lurah Dendam” tetapi juga menjadi terkenal sebagai “Wira Angkasa”. Maka, “Jangan Pandang Ke Belakang” lagi, berusaha lah supaya dunia perfileman tidak selama-lamanya terkena “Sumpahan Mahsuri”.

Reblog this post [with Zemanta]

December 15, 2008 Posted by AF | eNTERTAINMENT | , , , , , , , , | 1 Comment

Typical Malaysians

Togetherness as Malaysian
Image by ~ezs via Flickr
Nowadays, there are many awful comments about Malaysians. It’s coming from some of the quarters in our society who are deeply concerned with the direction of this beloved country. The relationship between the races are not encouraging at the moment. Most of political parties want to be champion of their races and on few occasions have made racist remarks. There are scholars, journalists, writers and intellectuals who also have pointed out their opinion on how to resolve the prolonged dilemma.

There are several taglines like “Bangsa Malaysia”, “Malaysian Malaysia”, “Pendatang”, “Ketuanan Melayu”, “Hak Istimewa”, “Bangsa Kelas Kedua” and others which do not help to mend the sensitive nature of the whole situation. You may see that nothing is wrong on the surface, but actually in reality, it is not really that good.

Having said that, there are bad attributes amongst the Malaysians that can absolutely be evidenced regardless of race and generally practiced by all. These are some of typical idiosyncratic habit or behavior of Malaysians which are distasteful, undignified and disgusting that I can think of :-

a) cannot keep the public toilets clean;
b) jump queue during traffic jam/ use emergency lane on the highway;
c) speak so loud on the handphone at public place;
d) spit, throw rubbish and cigarettes butt indiscreetly;
e) do thing at the very last minute (for ex: mykad);
f) scuffle for food during festive open house;
g) are willing to queue (long stretch during festive season) at toll plaza
rather than using Touch n Go or Smart Tag;
h) destroy public phones, bus stops, rubbish dump, lifts and etc (vandalism and graffiti);
i) using degrading label on races;
j) hardly say “excuse me”, “thank you” or even smile to strangers;
k) being courteous or respectful towards foreigners or tourists more than to fellow citizen;
l) treat VIP or Datuks excessively;
m) so difficult to offer seat in public transportation to the elderly,
pregnant woman and less fortunate person;
n) talking on handphone in cinema;
o) employing foreign workers at restaurants who cannot even understand the order/ unable to communicate;
p) sub-con the business to foreigners using the license given by authority like in Chow Kit;
q) Mat Rempit, Bohsia and others; and
r) -please be free to add on-.

Nevertheless, I am hoping that Malaysians will eventually triumph and be united for the sake of our country and would like to end with a quotation from the great Mahatma Gandhi :

“You must not lose faith in humanity. Humanity is an ocean, if a few drops of the ocean are dirty, the ocean does not become dirty.”

Reblog this post [with Zemanta]

December 14, 2008 Posted by AF | Malaysia | , , , , , , | No Comments Yet

Saman Malu

Teresa Kok
Image via Wikipedia
YB Teresa Kok telah menfailkan saman malu berjumlah RM30 juta terhadap Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel yang dipercayai merujuk kepada beliau. Ini susulan kepada usaha beliau menuntut agar Utusan Malaysia meminta maaf, namun tidak diendahkan. Usaha YB Teresa untuk mempertahankan maruahnya patutlah disokong kerana hak-hak peribadi seseorang mestilah dilindungi seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang lain. Biar lah Mahkamah menentukan tentang merit saman tersebut tanpa mengambil kira unsur-unsur politik. Ini merupakan ciri-ciri negara demokrasi yang mengamalkan sistem “Separation of Powers” dan “Check and Balance”.

Sistem Kehakiman Malaysia telah terjejas disebabkan beberapa skandal terutamanya Skandal Pita Lingam. Oleh itu, integriti dan ketelusan Badan Kehakiman perlulah dikembalikan agar keyakinan rakyat terhadapnya dapat dipulihkan. Menjadi harapan kita agar Ketua Hakim yang baru dapat melakukannya walaupun beliau dikaitkan dengan parti UMNO. Kita kena tunggu dan lihat dan buat penghakiman kita kemudian.

Masyarakat negara ini jarang memilih tindakan undang-undang ketika menghadapi masalah. Ini mungkin disebabkan kos yang tinggi dan jangkamasa yang lama. Namun begitu, rakyat perlu disedarkan bahawa tindakan undang-undang adalah tindakan yang terbaik untuk melindungi diri dan hak mereka. Ini akan memastikan bahawa agensi-agensi kerajaan akan menjalankan tanggungjawab masing-masing berdasarkan prosedur undang-undang. Jikalau tidak, rakyat akan mengambil tindakan therhadap mereka. Maka, Majlis Peguam perlu memikirkan agar kos guaman tidak mahal dan proses kehakiman dipercepatkan.

Kerajaan juga perlu mengalakkan rakyat agar lebih gemar untuk ke mahkamah daripada menyelesaikan masalah di jalanan. Protes Jalanan lebih membawa banyak kemudaratan daripada kebaikan. Namun begitu, hak untuk berkumpul secara aman mesti lah dilindungi. Menjadi lumrah manusia untuk membuat sesuatu yang ditegah, tetapi apabila dibenarkan, minat mereka menjadi kurang. Mungkin ini faktor psikologi..

Oleh yand demikian, usaha Teresa Kok perlu digalakkan. Syabas YB dengan tindakan YB demi menuntut hak sendiri. Ini lebih baik daripada YB pergi ke jalanan kerana tindakan itu menyusah dan mengganggu kami, rakyat jelata. Sama juga di dalam kes tanggkapan ISA, jikalau YB tidak puas hati, ambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan. Biarlah Mahkamah menentukan. Ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri demokrasi yang didokong oleh YB.

Kepada Utusan Melayu, selamat mempertahankan diri di dalam Mahkamah. Berani buat, berani tanggung. Ini adalah proses undang-undang, maka perlu dihormati. Ini akan menjadi pengajaran kepada individu ataupun agensi kerajaaan, apa-apa tindakan sekalipun ada kesannya, maka berhati-hati dan bijak membuatnya.

Reblog this post [with Zemanta]

December 13, 2008 Posted by AF | pOLITIC | , , , , , , , , , , , , | No Comments Yet

Man are hopeless..

Princess Diana in Bristol, UK, 1987
Image by Floyd Nello via Flickr
If I’m given a choice, between being a man or a woman? The answer would definitely a man. It’s not that I am being prejudicial or biased towards woman. I know to be a woman, a person must have a lots of extraordinary and special values which most of men do not possess. Admit guys!!! even by being ourselves, we are hopelessly terrible. Thank god, there are woman amongs us, otherwise we would have been dispiritedly lonely and unsettled.

Man know the fact that they need woman, but still they are unable to treat woman accordingly. Man are too proud to admit that. Man believe that woman should be serving them obediently…and dutifully answerable to man. But those are historical ancient tales and nowadays most women have become so sophisticated and advance. As a result, man are struggling to keep up with their opposite gender. It’s becoming evidently clear that the gap is narrowing.

Now, it’s quite common that woman become the breadwinner of the family. They are not just helping the husband but the parents too. They earn their own income and no longer depend on their husbands or fathers. Their income may be bigger from the husband and contribute most part of the family expenses. Unlike some of man, woman look after their parents till the end.. it is definitely admirable and deserve a round of applause.

So, for the man, we have to be more respectful towards woman. Woman deserve undying love and devotion from man as much as we hope the same from them. Woman, may be a pain in the neck sometimes, but they are entitled to it. They have done more than enough for man. They must be rewarded with unlimited recognition and it is long time overdue. In reality, woman should be treated like a princess.

Reblog this post [with Zemanta]

December 13, 2008 Posted by AF | cULTURE & aRT | , , , , , , , , , | 4 Comments

Hancur Melayu!!!

Hishammuddin Hussein's infamous waving of the ...
Image via Wikipedia
Badan Pencegah Rasuah(BPR) telah membuka 90 kertas siasatan dan dijangka akan bertambah berkenaan dengan laporan politik wang di dalam pemilihan UMNO baru-baru ini. Laporan tersebut telah dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Bagus lah UMNO macam itu bersesuaian dengan motto “Melayu Boleh!!”. Siapa kata orang melayu tidak pandai berniaga dan mengurus kewangan mereka. Bagi UMNO ini adalah perkara biasa dan tidak mengejutkan. Mungkin jumlah ini adalah kecil berbanding dengan jumlah yang sebenar. Memang menjadi lumrah ahli-ahli UMNO untuk berkecimpung di dalam urusan rasuah ini. Ianya merupakan sebahagian daripada budaya “Dulu, Kini dan Selamanya” parti UMNO yang keramat. UMNO sungguh kebal sampai jika ditikam dengan keris pun, ianya tidak tembus. Itu sebabnya mereka lebih suka cium keris seperti yang pernah kita tengok di dalam tv.

Kalau Melayu masih bergantung harap dengan pemimpin UMNO yang rasuah, maka rasa-rasanya gelap masa hadapan. Sampan UMNO dah terbocor di sana-sini. Tidak lama lagi akan tenggelam jikalau tidak ditampal. Akhirnya, melayu akan hancur. Nak harap Keadilan dan PAS pun, rasa-rasanya lebih kurang aje. Daripada mereka itu bergaduh, lagi bagus kalau berkawan, lagi banyak faedahnya. Itu lah politik..lagi banyak yang tidak bagus daripada bagus.

Nasib baik lah setakat ini, Melayu masih dapat berpaut dengan kuasa politik. Kalau tidak, tak tahu lah nasib orang Melayu macamana. Kasihan melihatkan orang Melayu, mereka ini cerdik, rajin, berkasih sayang, jujur, pegang janji, tidak berdengki sesama sendiri, kuat semangat dan sebagainya..Betul ke? Hanya Tuhan yang tahu..sama-samalah kita berdoa. Mudah-mudahan, kita tidaklah ME “LAYU” selama-lamanya.

Reblog this post [with Zemanta]

December 12, 2008 Posted by AF | pOLITIC | , , , , , , , , | 7 Comments

Alahai Malaysia…

Nedum On...
Image by Getty Images via Daylife
Sukan Bolasepak sememangnya diminati ramai. Malahan di Malaysia, pasukan seperti Manchester United, Liverpool, Arsenal yang beraksi di dalam Liga Premier English mempunyai pengikut yang ramai. Jikalau ditanya nama-nama pemain seperti Christian Ronaldo, Steven Gerard, Wayne Rooney, Nicholas Anelka dan banyak lagi, sudah pasti nama mereka lebih dikenali berbanding dengan pemain-pemain Bolasepak negara. Mengapa boleh jadi begitu?

Minggu ini pasukan Bolasepak Malaysia sekali lagi gagal di dalam pertandingan. Kejohanan di Thailand iaitu Kejohanan Bolasepak Piala AFF Suzuki, pasukan kita gagal seperti biasa. Percapaian terbaik pasukan yang terakhir ialah naib Juara Piala Tiger tahun 1996. Dah lama tu!!!..Alasan jurulatih pasukan Malaysia, kekalahan disebabkan pemain tertekan untuk menang. Senangnya alasan itu. Bukankah di dalam setiap perlawanan, pasukan mesti merasa tekanan untuk menang. Jikalau perasaan itu sentiasa ada, maka sampai bila-bila pun kita tak akan menang disebabkan pemain merasa tertekan untuk menang. Susah lah macam tu.

Ini lah masalahnya jikalau pengurusan tidak berkualiti. Sukan dicampuradukkan dengan politik. Mereka yang memegang jawatan di dalam persatuan merupakan mereka yang tidak berinovatif walaupun mungkin muda. Persatuan dikendali seperti entiti politik, maka banyaknya “politicking”. Ianya tidak menguntungkan seperti entiti bisnes. Maka, persatuan itu akan menjadi tidak bermaya. Akibatnya, pemain-pemain tidak berkualiti, lemah semangat, tidak bermotivasi, keyakinan diri yang rendah dan mempamerkan kualiti yang ibarat “melepas batuk di tangga”. Tak pelah, janji mereka itu “syok sendiri” di dalam dunia angan-angan mereka. Kita semua ada Liga Inggeris, Liga Sepanyol, Piala Dunia, dan Piala Eropah untuk kita “enjoy” bolasepak yang berkualiti dan menghiburkan. Go Reds!!!

Reblog this post [with Zemanta]

December 11, 2008 Posted by AF | Uncategorized | , , , , | 1 Comment

Woman need Man more..True or False?

Naked Man and Woman Murales
Image by Bella Baita B&B View via Flickr
Woman like to whine. They complain most of the times. Im not sexist nor that im anti woman. Woman is a fascinating creature on earth, and without them, man will definitely go crazy. But, woman also at same times, can drive man crazy. It’s like chicken and egg, you just simply cannot choose whether to live with or without woman. Im one of those man, who just let the nature takes its course. So, i become a man who is married to a woman.

Nowadays, woman want man to treat them equally. They think they are not surbordinate or less important than man. Woman say man think of themselves all the times. They often describe man as selfish, arrogant, egocentric and inconsiderate. Man don’t understand woman and their need. Man don’t know how to treat woman. Woman always take a back seat. Woman is a better leader than man. Woman earn less than man. Woman are loyal and faithful. Woman just want to be loved but man don’t understand it. Woman talk about man all the times. Woman understand man better than man themselves. Woman want man to listen to them. Woman want man to be around when they need man, eventhough they claim they are independent. And the list goes on.

Despite the complains and the troubles, woman still want man. That’s why, woman need man more than man need woman. It’s a fact. Anyway it’s just a thought. Go Girls!!!

Reblog this post [with Zemanta]

December 10, 2008 Posted by AF | cULTURE & aRT | , , , | 4 Comments