AFLAW : Just2U!

“Use what language you will, you can never say anything but what you are” Emerson

Hancur Melayu!!!

Hishammuddin Hussein's infamous waving of the ...
Image via Wikipedia
Badan Pencegah Rasuah(BPR) telah membuka 90 kertas siasatan dan dijangka akan bertambah berkenaan dengan laporan politik wang di dalam pemilihan UMNO baru-baru ini. Laporan tersebut telah dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Bagus lah UMNO macam itu bersesuaian dengan motto “Melayu Boleh!!”. Siapa kata orang melayu tidak pandai berniaga dan mengurus kewangan mereka. Bagi UMNO ini adalah perkara biasa dan tidak mengejutkan. Mungkin jumlah ini adalah kecil berbanding dengan jumlah yang sebenar. Memang menjadi lumrah ahli-ahli UMNO untuk berkecimpung di dalam urusan rasuah ini. Ianya merupakan sebahagian daripada budaya “Dulu, Kini dan Selamanya” parti UMNO yang keramat. UMNO sungguh kebal sampai jika ditikam dengan keris pun, ianya tidak tembus. Itu sebabnya mereka lebih suka cium keris seperti yang pernah kita tengok di dalam tv.

Kalau Melayu masih bergantung harap dengan pemimpin UMNO yang rasuah, maka rasa-rasanya gelap masa hadapan. Sampan UMNO dah terbocor di sana-sini. Tidak lama lagi akan tenggelam jikalau tidak ditampal. Akhirnya, melayu akan hancur. Nak harap Keadilan dan PAS pun, rasa-rasanya lebih kurang aje. Daripada mereka itu bergaduh, lagi bagus kalau berkawan, lagi banyak faedahnya. Itu lah politik..lagi banyak yang tidak bagus daripada bagus.

Nasib baik lah setakat ini, Melayu masih dapat berpaut dengan kuasa politik. Kalau tidak, tak tahu lah nasib orang Melayu macamana. Kasihan melihatkan orang Melayu, mereka ini cerdik, rajin, berkasih sayang, jujur, pegang janji, tidak berdengki sesama sendiri, kuat semangat dan sebagainya..Betul ke? Hanya Tuhan yang tahu..sama-samalah kita berdoa. Mudah-mudahan, kita tidaklah ME “LAYU” selama-lamanya.

Reblog this post [with Zemanta]

December 12, 2008 Posted by AF | pOLITIC | , , , , , , , , | 7 Comments