Diantara Micheal Jackson dan Hrithik Roshan, siapa lebih popular?
- Image via Wikipedia
Micheal memperkenalkan dirinya, dan Roshan melayani beliau. Mereka kebetulan berada di lokasi yang berhampiran di Los Angeles kerana tugas masing-masing. Yang pasti ialah Micheal meminati Hrithik dan apabila mengetahui bahawa Hrithik berada berdekatan langsung terus pergi berjumpa dengannya. Aneh memikirkan bahawa tidak sangka bintang sehebat Micheal sanggup berusaha untuk berjumpa dengan bintang Bollywood, padahal jika dilihat percapaian beliau berbanding dengan Hrithik adalah ibarat seperti langit dan bumi.
Ini menunjukkan pengaruh Bollywood, bukan sahaja tersebar ke negara Asia seperti Malaysia, tetapi telah menjadi terkenal sehingga ke Hollywood. Bukan senang untuk sampai ke tahap itu. Namun, berkat pelaburan dan usaha Bollywood mengembangkan sayap mereka merata-rata, maka hasilnya semakin terserlah. Atas dasar itu, negeri Melaka tidak ketinggalan dan merasa terhutang budi dengan Datuk Shah Rukh Khan di atas usaha-usaha beliau memperkenalkan Melaka ke serata dunia. Mungkin satu hari nanti, Datuk Shah akan menawarkan pelakon-pelakon Malaysia untuk berlakon di dalam filem beliau. Rasanya pelakon-pelakon tempatan tidak akan kekok kerana filem Melayu pun mempunyai unsur-unsur Hindustan (Anak Mami The Movie, Mami Jarum dan sebagainya). Cuma, pelakon-pelakon kita perlu megemaskinikan skil tarian mereka agar menjadi sehebat pelakon hindustan. Teringat Harith Iskandar, Afdlin Shauki dan Deanna Yusof di dalam filem “Anna and the King”.
Oleh itu, kita berharap satu hari nanti apabila pelakon Malaysia berada di luar negara, terdapat selebriti antarabangsa yang akan meluangkan masa menjenguk beliau. Mungkin Daniel Craig (James Bond) akan menjenguk Norman Hakim di bilik persalinanya atau Mel Gibson akan bersua sapa dengan Ahmad Idham. Jikalau ini berlaku, pertemuan Norman dan Daniel akan menjadi hangat walaupun bukannya berita tangkap khalwat, sementara di antara Mel dan Ahmad Idham, berita tersebut akan memberi impak yang maksima.
Maka, di antara nasihat-nasihat untuk pelakon-pelakon Malaysia agar satu hari nanti Kuala Lumpur menjadi “KLwood” dan bukan hanya “KL Menjerit”, naikkan pangkat filem kita dari “Konstabel Mamat” ke “Leftenan Adnan”, tidak hanya tersadai di “Lurah Dendam” tetapi juga menjadi terkenal sebagai “Wira Angkasa”. Maka, “Jangan Pandang Ke Belakang” lagi, berusaha lah supaya dunia perfileman tidak selama-lamanya terkena “Sumpahan Mahsuri”.
-
Archives
- June 2009 (12)
- May 2009 (2)
- April 2009 (4)
- March 2009 (3)
- January 2009 (5)
- December 2008 (21)
- November 2008 (3)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=7ad0cfc1-3e76-4d9a-a484-6510a9c0102a)
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=385a64c4-cacf-4c84-bcc3-0dd809f715aa)