AFLAW : Just2U!

“Use what language you will, you can never say anything but what you are” Emerson

Melayu dan Angan-Angan Mat Jenin

Prime Minister Abdullah Badawi of Malaysia.
Image by treviƱo via Flickr
Baru-baru ini Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa Wawasan 2020 yang menjadi sasaran negara ini tidak akan dapat dicapai. Lama sudah tidak mendengar pemimpin UMNO bercakap tentang Wawasan 2020, mungkin disebabkan hendak menjaga hati ketua mereka, takut-takut tidak berpeluang lagi mendapat jawatan yang baik. Budaya mengampu di dalam UMNO memang merupakan senario biasa. Pepatah Melayu seperti “Raja Adil Raja disembah, Raja Zalim Raja disanggah” jarang diamalkan. Pemimpin pergi dan pemimpin datang, maka pemimpin yang dapat memberi habuan, itulah yang disokong. Namun, tidak boleh disalahkan pemimpin sahaja. Kalau pengikut hendakkan sesuatu, maka ketua kenalah bagi, kalau tidak nahas nanti.

Baru-baru ini, Menteri Penerangan Malaysia berkata bahawa hasrat Parti Keadilan untuk menjadi pemerintah hanya lah angan-angan Mat Jenin. Namun, melihat peristiwa Pilihanraya Ke-12, ianya mungkin boleh menjadi kenyataan satu hari kelak. Jikalau Barisan Nasional gagal menjadi pemerintah, kesannya tidak dapat dijangka. Ini kerana apa-apa dasar yang dibuat, ianya bergantung kepada kepala. Secara adatnya ekor hanya akan tetap mengikut kepalanya walau terjun ke dalam gaung sekalipun. Jadi, apabila pemimpin bertukar, maka dasar pun bertukar. Kalau Pakatan Rakyat berkuasa, maka Wawasan 2020 pun terkubur. Tetapi kita belum cuba kita belum tahu. Di antara BN dan PR, siapa yang hebat?. Hanya masa akan menentukan.

Teringat kata-kata Akio Morita, iaitu pengasas kepada Sony, katanya jikalau hendak berfikiran kreatif, maka perlulah menetapkan sasaran. Ketika ini, sasaran Malaysia di masa hadapan menjadi semakin kabur kerana sentiasa bertukar-tukar bergantung kepada ketua. Dikusutkan lagi jikalau pemimpin dan pengikutnya hanya mementingkan diri sendiri. Apa akan jadi dengan sebilangan rakyat jelata yang lain. Masa hadapan mereka akan ditentukan oleh parti-parti politik yang memerintah. Kita selalu melihat orang-orang politik bercakaran seperti anjing dan kucing. Mereka bergaduh tentang jenis kereta yang dipakai, siapa yang lebih berjasa, siapa yang zalim dan siapa yang adil, parti mana yang demokratik dan mana yang ekstrem. Kesudahannya orang-orang melayu menjadi bangsa yang ibarat seperti pepatah “menang bersorak tapi kampong tergadai”, bercakap seperti “ayam bertelur riuh sekampong’ dan berpolitik seperti “bunyi tin kosong” bersuara aje kuat tapi isinya tiada. Maka Me”layu” pun menjadi Mat Jenin yang bercita-cita setinggi langit, yang berharap panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Takut nanti Melayu menjadi seperti si Luncai, yang lemas bersama labu-labunya.

Reblog this post [with Zemanta]

December 18, 2008 Posted by AF | pOLITIC | , , , , , , | No Comments Yet