Najib said that Pakatan Rakyat is currently in shambles..is it true? Never mind lah..it’s normal to have a disagreement within the family. “Lidah sendiri lagikan tergigit”. I think PR is capable to resolve any issue between them in the open. Being transparent is what PR wants, right? Should not be ashamed of your weaknesses..Not everything done behind a closed door is good especially if you want to cover up something or someone..
Barisan Nasional (BN) has been practising secrecy for so long, until they do not even know the real feeling of their friends. MCA, MIC and GERAKAN were always being supportive in BN until recently, they are showing their true colours. Apparently, Koh Shu Koon was not at all times in agreement with UMNO, but what the heck, as long as he’s in power, he could tolerate UMNO, but now, no more lah. I think nothing that GERAKAN can do now, as Penang would be under DAP for a long time..especially when looking at Lim Guan Eng taking an economy seat in MAS.
So please lah UMNO, just because the PR is bickering over a councillor seat or the ADUNS are not happy with MB and so on, now you think they would stop cooperating with each other to defeat BN. Despite PAS wants to implement Hudud especially during Kuala Trengganu’s by election, DAP and PKR would always find the common ground to ensure they won’t break the alliances. So, if much rhetoric and gimmick being applied in BN, PR also practises the same. It is just political and nothing more. As for rakyat in general, we are still looking for the light at the end of the tunnel.
BN should resolve their own issues first and after that they can talk about others, don’t be like “paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”!. In BN, you all are so secretive and tightlipped, it finally becomes rotten. And when it comes out to the open, it’s so smelly.
There are a lot at stake. PR would not jeorpadise their good fortune. They will guard it with their life. It’s a routine pratice for them to contradict each other, but it won’t change anything!.
January 4, 2009
Posted by
AF |
pOLITIC |
Anwar Ibrahim, Barisan Nasional, Democratic Action Party, Lim Guan Eng, Malaysia, malaysiakini, Malaysian Politics, MALAYSIAToday, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, UMNO, United Malays National Organisation |
3 Comments
Walaupun apa UMNO cakap tentang Anwar..kita kena akui bahawa Malaysia perlu pemimpin seperti beliau. Dr Mahathir mungkin berpendapat ianya tidak benar kerana peribadi Anwar, namun di dalam dunia ini, tiada siapa pun yang sempurna melainkan Nabi.
Tengku Razalaiegh telah cuba dengan Semangat 46, tetapi gagal. Bukan sebarangan orang yang mampu buat seperti Anwar.. PKR menjadi kuat kerana Anwar. PR kuat kerana Anwar. BN kalah di Selangor, Perak dan Kedah kerana Anwar. Rakyat semakin berani kerana Anwar. Rakyat protes kerana Anwar. Yang pasti ramai lagi rakyat yang masih sayangkan Anwar.
Apapun tuduhan terhadap Anwar, ianya mestilah berasas dan perlu dibuktikan. Proses undang-undang yang adil perlulah dihormati. Kadang-kadang terfikir oleh kita bahawa, apa sahaja tuduhan dibuat terhadap Anwar, kita hanya berserah kepada keadaan… kerana hanya Tuhan yang tahu samada benar ataupun tidak. Persoalannya, jikalau ditakdirkan beliau menjadi Perdana Menteri..adakah beliau akan menjadi Perdana Menteri sebaik Dr Mahathir atau hanya sekadar standard Pak Lah sahaja?
Ketika ini Parti Keadilan menguasai Selangor dan di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid, kita berharap Selangor dapat ditadbir dengan lebih telus dan efisyen. Mungkin PRU13, Keadilan akan mengekalkan kuasanya di Selangor memandangkan sentimen rakyat di bandar ketika ini. Janganlah terlampau banyak politiking kerana ianya tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat. Kami di Ampang amat berharap YB Azmin and YB Zuraida dapat berkhidmat dengan baik. Berkerja samalah dengan UMNO dan BN jika ianya membawa kebaikan kepada rakyat.
Rasa-rasanya, PR akan terus kekal di negeri-negeri yang dikuasai kerana rakyat akan terus memberi peluang kepada PR untuk berkuasa memandang satu penggal sahaja tidak mencukupi. Kebanyakan mereka yang tinggal di bandar-bandar lebih bersifat terbuka dan tidak terlampau taksub dengan parti yang berdasarkan bangsa. Itu sebabnya UMNO dan BN gagal untuk mempertahankan pengaruhnya disini.
Malahan jikalau dilihat, BN masih lembap untuk mengakui kelemahan-kelemahan mereka sedangkan masa berjalan begitu pantas. Mungkin benar kata-kata Dr Mahathir iaitu rakyat memilh PR kerana mereka tiada pilihan, namun perlu kita ingat rakyat sudah semakin bijak dan berani. Selera rakyat sudah bertukar dan jikalau BN masih tidak menukar perangai dan karakter mereka, maka peristiwa PRU12 akan berulang.
Namun begitu, PR tidaklah perlu gelojoh untuk menguasai pentadbiran negara, menghapus ISA dan hak istimewa Melayu kerana perjalanan mereka masih lagi jauh. Ahli-ahli politik di kalangan Keadilan, Pas dan DAP, jikalau dikaji ternampak sama aje dengan musuh mereka di dalam UMNO, MCA dan MIC. Tidak banyak perbezaanya, cuma kulit sahaja yang bertukar. Oleh itu, kayu pengukur bagi wakil rakyat yang baik, ialah mereka yang amanah, jujur, rajin dan berkredibliti dan bukannya disebabkan parti mereka.
Oleh itu, Sdr Anwar tidak lah perlu ambil-alih kerajaan secara mendadak. Tunggu saje lah PRU13 kerana jikalau mereka mentadbir dengan baik, maka rakyat akan sokong mereka secara total. Apa yang perlu mereka buat, ialah berdoa agar UMNO dan rakan-rakannya masih lena dibuai mimpi..
January 4, 2009
Posted by
AF |
pOLITIC |
Anwar Ibrahim, Barisan Nasional, Democratic Action Party, Malaysia, malaysiakini, Malaysian Politics, MALAYSIAToday, Parti Keadilan Rakyat, UMNO, United Malays National Organisation |
No Comments Yet
Quite frankly, I do not really want to discuss about Palestine in my blog, because I know it won’t change anything. However, looking at the current situation and after reading news and blogs, I finally decide to briefly divulge my personal opinion about it. May be, some quarters may not agree with me, but in reality I believe that I am right. I feel sorry for Dr Mahathir specially, who has been relentlessly fighting and advocating peace for
Palestinians, but his effort and word had fallen into deaf ears. In fact, I do remember when Dr Mahathir had invited the late
Yasser Arafat to our country, and we celebrated him like a war hero. Yasser Arafat has long gone but
PLO still remain until now but the only difference is that it has to share power with
Hamas.
Israel is damn cruel, and should be condemned for their brutality. They remind me of Nazi. They are fighting so hard to ensure that Jews would finally own a legitimate country, and they do not want the history to be repeated. As for now, they have done tremendous effort and are being recognised by the world at large except for some of the countries like us. They are fighting as the frontrunner against the Muslims and they have American as their most powerful and strongest ally. At their whim, they just attacked Gaza like nobody business and what Muslims can do is going to the streets and protesting..what a pathetic!!
Islam is a peaceful religion..but why Muslim is always involved in war?. During our Prophet Muhamamad, muslim went to war to protect themselves. Muslim would not initiate an aggressive act against anybody unless they have to, and because of that, muslim countries had prospered significantly..Baghdad was a capital of education once and became the envy of Christians.
But now, Muslim especially Arabs and especially Extremists and especially Hamas are the culprit who give Islam a bad name. I don’t think suicide bombing is effective strategy to fight the enemy, and in fact they actually killed innocent peoples. That is why the Zionist are not afraid to go ahead with killing innocent children because Hamas are doing the same thing to them.
We, the Muslims are not very good with our Public Relation and Marketing Strategy. If we believe in something, we can not expect other peoples to understand it. But we must earn the respect so that others will listen to us. Arab League comdemned Israel but Americans ignored. But what can the Arabs do because most of them depend on Americans. Even if we go to Mecca, our Holy Land, it is fulled with American cars. The Saudis are really in love with the Americans. It goes without saying.
No doubt that the Isrealis is the worst but it does not make Hamas an innocent party either. Arabs as a whole, must get rid of their arrogance, stubborness and extremism. Look at their attitude when the Muslims do their Hajjs. It’s so ugly. If they want to be freed from war, they have to change first.. we should condemn Israel but I do believe that Hamas is the culprit too!!! They killed innocent peoples and as the result, their children become the victim.. believe me lah..what goes around, comes around!!!. I am really against EXTREMISM, it will not give Islam any good …Even if the Americans like to bully peoples around, we must have the patience to deal with them…we must keep our enemy closer than our friend…
“THE WAR IS ACTUALLY BETWEEN ISRAEL AND HAMAS PER SE, BUT THE PALESTINIANS ARE THE ACTUAL VICTIMS, LET’S PRAY TOGETHER FOR THEM…”
A disclaimer : The photo is just part of the post but it does not mean that I agree with the protest.
January 3, 2009
Posted by
AF |
wORLD |
Arab League, Asia, Malaysia, malaysiakini, Malaysian Politics, MALAYSIAToday, Middle East, Palestine, Palestinian people |
No Comments Yet
Teringat semasa Mahathir dan Anwar masih berkawan, tak banyak sangat masalah di dalam UMNO. Kalau ada yang marah kepada Anwar pada masa itupun, adalah mereka yang tidak mendapat habuan dan juga mereka yang dengki dengan kehebatan Anwar naik pangkat dengan cara yang mendadak. Ramai yang iri hati kepada beliau, namun disebabkan sayangnya Mahathir terhadapnya, maka beliau terselamat. Tetapi apabila dihasut oleh penyokong-penyokong beliau, yang tidak sabar dengan kroni-kroni Mahathir (atau Daim), maka Anwar menjadi gelojoh sedikit, maka terserlah kelemahan-kelemahan beliau.
Anwar adalah seorang pemimpin yang berpengaruh. Apabila mendengar beliau berpidato, kita boleh hanyut di dalamnya. Beliau pandai bermain dengan perasaan dan semangat, maka itu menjadikan beliau seorang pemimpin yang hebat. Mungkin beliau pandai berdrama, tetapi lakonan beliau itu sukar ditiru..dan percayalah tidak ada pemimpin melayu yang sehebat beliau. Hanya seorang sahaja yang mampu berdepan dengan beliau, iaitu Dr Mahathir.
Malahan ketika ini, ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak kisah jikalau Anwar kembali kepada UMNO jikalau kedudukan mereka tidak terjejas. Inilah lumrah politik, musuh dan kawan tidak lagi dapat dibezakan.
Tetapi lebih susah nak cari pemimpin sehebat Dr Mahathir. Walaupun apa pun orang cakap, 100 tahun lagi jikalau ditunggu, orang Melayu tidak akan dapat pemimpin seperti beliau.
Dulu, Dr Mahathir mahukan pengganti beliau dapat mengambil alih dasar-dasar beliau, tetapi Pak Lah nampaknya gagal. Pak Lah pula adalah seorang pemimpin yang baik tetapi tidak berkesan. Baiknya Pak Lah sehingga nak bergaduh dengan orang pun dia tidak mahu. Walaupun Dr Mahathir dok hentam dia tak henti-henti, beliau hanya berdiam diri. Jadi dia terpaksa bergantung kepada penyokong-penyokong beliau untuk membantu. Ini menyebabkan beliau menjadi PM yang kurang efektif jikalau dilihat percapaian beliau.
Sementara itu, jikalau Anwar menjadi Perdana Menteri menggantikan Dr Mahathir, suasana mungkin bertukar kerana Anwar mempunyai perwatakan yang berbeza dengan Pak Lah. Anwar mungkin lebih efektif kerana “track record” beliau. Beliau boleh menjadikan negara ini sebuah negara yang berbeza dengan sekarang kerana cara beliau yang “unorthodoks”. Negara ini perlukan PM yang luar biasa, barulah kita dihormati. Lihatlah di zaman Dr Mahathir, bagaimana hebatnya Malaysia. Untuk mengembalikan kehebatan tersebut, maka PM Malaysia mestilah juga hebat(extraordinary) dan bukan hanya biasa(ordinary).
Dengar cerita Najib pun hebat, tetapi beliau seorang yang “play safe”. Memang bagus jikalau senantiasa berada di zon selamat. Namun dia tidak akan menjadi hebat dan nampak lemah kerana tidak betul-betul teruji. Lain lah Anwar..apa yang Anwar tidak pernah buat..masuk penjara, tangkap ISA, kena tumbuk, kena pecat, PR rampas 4 negeri daripada BN, dituduh liwat, salah guna kuasa dan bermacam-macam lagi..namun begitu, beliau masih lagi “steady”..bukan senang kita nak cari pemimpin seperti beliau.
Percaya lah tiada pemimpin yang sempurna. Rahim Tamby Chik contohnya, seorang pemimpin yang hebat ketika menjadi Ketua Menteri Melaka, tetapi sekarang kurang pengaruh kerana skandal wanita, tetapi jikalau bercakap tentang ekonomi misalnya, beliau lebih arif daripada kebanyakan pemimpin yang lain termasuklah Pak Lah sendiri. Begitu juga Rafidah Aziz, jikalau bercakap tentang “International Trade” misalnya, orang putih pun tercengang..tetapi ramai orang UMNO yang tidak sukakan beliau. Sama juga Nazri Aziz, seorang pemimpin yang berjiwa muda, berani, lantang, setia dan bijak..namun disebabkan cara beliau berhujah, maka ramai yang kata beliau kurang ajar walaupun hujah beliau sangat bernas dan membina.
Maka, tidak ada pemimpin yang sempurna di dalam UMNO..tetapi yang patut dielakan ialah pemimpin atau penasihat seperti di dalam filem P Ramlee “Musang Berjanggut”. Pemimpin seperti itu, di hadapan orang nampak aje baik..pijak semut pun tak mati, tapi dibelakang hanya tuhan yang tahu. Maka, jikalau UMNO mahu seorang lagi Dr Mahathir, maka lupakan lah. Ianya datang sekali..tetapi jikalau UMNO hendak terus kekuasaannya, maka Anwar Ibrahim lah tempat mengadu.
Kesimpulanya, Najib sebagai ketua yang baru, maka beliau kena jadi ala “Dr Mahathir+Anwar Ibrahim+Rafidah Aziz+Nazri Aziz+Rahim Tamby Chik”. Namun begitu, jikalau Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim tidak bergaduh, UMNO akan terselamat, cuma di dalam keadaan sekarang, kenalah tunggu dan lihat. Harap-harap Anwar akan kasihankan UMNO dan Najib tidak “play safe” setiap masa. UMNO kena ingat, Dr Mahathir tidak akan ada di sini selama-lamanya untuk mempertahankan UMNO. Kami yang bebas parti politik hanya dapat menonton drama ini dan mudah-mudahan akan terhibur. Harap-harap nasib orang Melayu tidak tergadai akhirnya……Marilah kita semua berdoa.
January 2, 2009
Posted by
AF |
pOLITIC |
Anwar Ibrahim, Barisan Nasional, Malaysia, malaysiakini, Malaysian Politics, MALAYSIAToday, Parti Keadilan Rakyat, Rafidah Aziz, Society and Culture, UMNO, United Malays National Organisation, Zaid Ibrahim |
1 Comment
Bahang Pilihanraya menjelma kembali sempena Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu. UMNO terutamanya dari puak BN akan berhempas pulas berusaha untuk mempertahankan maruahnya dan PR khususnya PAS akan bermatian cuba untuk merampas dan menjatuhkan air muka UMNO. Orang Melayu suka betul jikalau adanya hari raya pilihan ini (pilihanraya) kerana ini juga merupakan masa untuk menambahkan rezeki samada di kalangan peniaga mahupun ahli politik sendiri. Tambahan lagi demam pemilihan UMNO semakin hangat, jadi “sambil menyelam, dapat minum air”. Cuma janganlah terlalu banyak, takut perut kembung pulak.
UMNO memang tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Itulah lumrah politik, namun kebanyakan yang berkata kontroversi itu adalah hasutan pembangkang yang iri hati dengan kejayaan UMNO. Dalam apa keadaan sekalipun, yang tersepit adalah orang Melayu, tidak kira samada mereka menyokong UMNO, Keadilan, Pas ataupun yang bebas parti.
Pemilihan UMNO pada tahun ini sudah pasti hebat dan juga lumayan. Hebat kerana pemilihan kali ini melibatkan jawatan-jawatan penting dan lumayan kerana jumlah wang yang besar akan bertukar tangan. Maka ibarat kata-kata Ibrahim Pendek di dalam filem P Ramlee “Kita tengok siapa yang kena”!!!.
Bagi jawatan ketua Pemuda UMNO..untuk menyelamatkan UMNO, maka ini satu cadangan :-
Mukriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin (kedua-duanya anak Perdana Menteri) mestilah berkompromi. Pedulikan cakap-cakap penyokong-penyokong mereka yang merupakan Abu Dajal yang hanya mementingkan diri mereka dan bukan Bangsa Melayu. Cadangan ini mungkin agak tidak logik tetapi percaya lah ia sangat berkesan. Bayangkan jikalau Mukhriz dan KJ bergabung, Wow!! Pemuda UMNO sudah pasti akan menjadi kuat, solid dan akan digeruni. Mukriz disukai di akar umbi berdasarkan jumlah pencalonan beliau dan KJ pula, sokongan beliau lebih tertumpu di peringkat Ketua-Ketua Pemuda Bahagian yang setia ataupun yang terhutang budi. Sementara seorang lagi pulak ialah Sdr Khir Toyo, yang sudah di penghujung Pemuda.
Jalan Penyelesaian untuk Pemuda ialah : Mukriz sebagai Ketua Pemuda dan KJ kekal sebagai Naib..ini kerana untuk menghormati majoriti suara akar umbi dan kerana faktor umur. Ini untuk juga mengelakkan daripada UMNO kehilangan salah satu daripada mereka. KJ adalah seorang pemimpin muda yang berani dan berkaliber, jikalau beliau kalah, maka rugilah UMNO. Namun begitu, beliau kan masih muda, dan jikalau beliau bukan menantu Pak Lah, belum tentu dapat jawatan sebaik sekarang. Maka apa salahnya jikalau bersabar dan tunggu sepenggal lagi untuk jadi ketua. Manakala, untuk Mukriz pulak, sepenggal sudah cukup di peringkat Pemuda, seterusnya beliau boleh ke peringkat dewasa pulak. Cadangan ini adalah yang terbaik kerana kedua-dua mereka berkelayakan unyuk memimpin tapi demi bangsa melayu keduanya kena lah bertolak ansur sedikit.
Kepada YB Razali (rakan ketika di Universiti), saudara terpaksa mengalah dan Sdr Reezal pula masih boleh menyumbang di atas platfom yang berbeza. Keduanya juga pemimpin yang baik. Tindakan mereka mestilah diiktiraf dan diambil kira oleh pemimpin atasan UMNO. Kepada Sdr Khir, tempat sdr ialah di Majlis Tertinggi dengan cara dilantik. Zaman sdr di Pemuda sudah tidak relevan lagi dan tumpuan sdr sepatutnya lebih ditekan ke arah untuk merampas Selangor kembali.
Kajian terhadap Perlembagaan UMNO perlu dibuat agar cadangan ini dapat dilaksanakan.
Bahagian seterusnya akan membincangkan penyelesaian untuk Wanita, jawatan Naib dan Timbalan Presiden UMNO.
January 1, 2009
Posted by
AF |
pOLITIC |
Anwar Ibrahim, Asia, Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin, mahathir mohamad, Malaysia, malaysiakini, Malaysian Politics, MALAYSIAToday, Pak Lah, Parti Keadilan Rakyat, UMNO, United Malays National Organisation |
No Comments Yet